- Hit: 264
JALAN KEBUN (KLANG), 20 April 2022 – Serahan sumbangan wang tunai daripada Pn. Omi binti Hj. Wan Yusoff dan Mr. Sulaiman Vernon menerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2022 telah disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai, karyawan YBK kepada 4 penerima di sekitar Jalan Kebun, Klang. Penerima sumbangan ini juga telah menerima Kotak Infaq Rezeki hasil daripada jalinan kerjasama di antara YBK dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam Program Sinar Kasih Ramadhan kali ini.
Penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 ini adalah seperti berikut:
1. Zunaidah binti Ali – Seorang isteri yang berperanan sebagai ibu dan bapa kepada 6 orang anak. Suaminya berada di penjara untuk tempoh 5 tahun. Beliau bekerja sebagai pembantu kedai runcit dengan pendapatan RM1000 sebulan.
2. Azlina binti Jumat – Seorang ibu tunggal yang menyara kehidupannya bersama 6 orang dengan wang SOCSO peninggalan arwah suami berjumlah RM1,500 sebulan.
3. Mohamed Ali bin Zakaria & Azlina Mat Zin - Bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah dengan pendapatan Rm1,400 bagi menjaga isteri dan 6 orang anaknya yang semuanya masih bersekolah.
4. Hisham Abdullatif & Sharifah Syed Abdullah – Hasil daripada membaiki kereta pelanggan di rumahnya menjadi punca pendapatan En.Hisyam menyara isteri dan 6 anaknya. Isterinya tidak boleh bekerja kerana mengalami masalah mata yang kronik dan tidak dapat melihat dengan jelas walaupun memakai cermin mata.