- Hit: 284
Β Β
SUNGAI SELISEK, 11 April 2022 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) Yayasan Basmi Kemiskinan telah sempurna dilaksanakan dengan sumbangan kepada 2 buah keluarga di kawasan Sungai Selisek. Penyerahan telah dilaksanakan oleh Karyawan Akademi Kemahiran Ybk.
Keluarga terpilih menerima sumbangan wang tunai untuk kegunaan berbuka dan bersahur daripada Puan Hajjah Faridah Abdullah, Puan Wan Omi binti Haji Wan Yusoff, Geraldine Sheenarit, Puan Rosmah Pawanti dan Puan Nabihah Md Nor, serta Kotak Infaq Rezeki daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Keluarga yang telah menerima sumbangan adalah seperti berikut;
1. EN. OSMAN BIN ABU β Seorang bekas anggota polis yang telah tamat perkhidmatan ekoran masalah kesihatan dan beliau menyara 6 orang anak dengan mengambil upah kerja-kerja kampung dan sumbangan ilat dari Koperasi Polis.
2. PUAN UMI NAZIRA BINTI MOHD SIDEK β Seorang ibu tunggal yang baru kematian suami akibat penyakit kanser paru-paru. Beliau menyara 3 orang anak dengan hasil jualan kuih di kedai-kedai sekitar Sungai Selisek.
3.Β EN. AL KUDUS BIN RI β Seorang bapa yang bekerja sebagai pendawai elektrik dengan pendapatan tidak tetap dan beliau menyara 5 orang anak yang masih bersekolah.