LEMBAH SUBANG, 30 April 2022 - En. Sharol b. Abdul RAZAK bekerja sebagai penghantar makanan di salah sebuah syarikat swasta. Beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah ketiadaan jari daripada masih kecil lagi.Beliau merupakan pegang kad OKU. Beliau juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 sebulan.
En Sharol mempuyai 5 orang anak yang masih bersekolah manakala isterinya tidak bekerja. Sumbangan SKR 2022 telah diserahkan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai kepada En. Mohd Sharol.
En Rano Sam bin Md Zakaria merupakan seorang ayah yang mempunyai 10 orang anak. En Rano bekerja sendiri seperti bertukang, memotong rumput, menjadi kelindan lori dan macam macam lagi. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa. Anak-anak En Rano ada yang bersekolah dan ada yang tidak bersekolah kerana ada masalah-masalah yang tertentu. Sumbangan SKR 2022 telah diserahkan kepada keluarga ini oleh En. Mohd Rasidi Sapiai.
En. Mohd Ridzuan Abdul Rahim bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah sekolah. Pendapatan beliau sebanyak RM1500 sebulan. Manakala isterinya, Nurul Nazihah Khusshairi seorang suri rumah sepenuh masa. En Ridzuan mempunyai 5 orang anak, di mana semua masih bersekolah. Mereka juga mempunyai anak OKU (sindrom down) yang masih kecil. Sumbangan SKR 2022 telah disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai kepada keluarga ini.
Pn. Norazizah merupakan ibu tunggal yang telah kematian suami beberapa tahun yang lalu.Beliau sehari hariannya mengasuh anak anak jiran untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.Pn Norazizah mempunyai 4 orang anak, di mana semua masih bersekolah. Di samping itu Pn. Noorazizah mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sumbangan SKR 2022 telah disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai.
Pn Rosnah merupakan seorang ibu tunggal yang telah kematian suami beberapa tahun yang lepas disebabkan kencing manis. Semanjak kematian suami, Pn Rosnah memulakan kehidupan barunya dengan meniaga martabak di tepi jalan di kawasan kediamannya. Pendapatan Pn Rosnah tidak menentu, bergantung kepada cuaca dan permintaan warga setempat. Pn Rosnah mempunyai 8 anak di mana semua masih belajar.
En Zamri bin Mahmud merupakan seorang penghantar barang di Syarikat Ninja Van. Beliau mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Isteri beliau tidak bekerja. Mereka tinggal menyewa di Flat Lembah Subang. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan telah diserahkan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai kepada isteri En. Zamri iaitu Pn. Nurul Faizah Binti Mohd Zain.