KLANG, 27 April 2022 - Pn Suhana bekerja sebagai juru tol di lebuh raya. Suami beliau, En.Ahmad Sofian bin Baharom kini dalam keadaan koma disebabkan kemalangan jalan raya 4 bulan lepas. Pn. Suhana terpaksa membuat kerja lebih masa untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka. Pn. Suhana mempunyai 5 orang anak di mana 4 orang masih bersekolah dan seorang masih kecil.
Β 
Disebabkan anak yang akhir masih kecil,Β Pn Suhana terpaksa menggilir-gilirkan anak- anaknya untuk menjaga bayi dan suaminya. Sumbangan SKR 2022 telah disampaikan kepada anak Pn. Suhana oleh En. Mohd Rasidi Sapiai.
Β 
Β En. Heryanto Burhanuddin merupakan pemegang IC merah. Beliau berasal daripada Indonesia, namun beliau telah lama menetap di Malaysia. Beliau bekerja sebagai pembantu penjaga kebun dan bertukang bila khidmatnya diperlukan oleh orang kampung. Isteri beliau menjual air tebu secara kecil-kecilan di tepi jalan raya besar berhampiran rumah beliau. Dengan pekerjaan yang ada, dapatlah mereka meneruskan kelangsungan hidup untuk keluarga mereka. En. Heryanto mempunyai 7 orang anak di mana semuanya masih bersekolah. Anak Heryanto yang bongsu mengidap penyakit Thalassemea semenjak lahir. Oleh yang demikian pendapatan mereka banyak digunakan untuk kegunaan anak OKU itu.
Β 
Sumbangan SKR 2022 telah diserahkan kepada Pn. Marhamah binti Rusli, isteri En.Heryanto oleh En. Mohd Rasidi Sapiai.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;