KLUANG JOHOR, 23 April 2022 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan di sekitar Kluang Johor telah disempurnakan oleh karyawan Pn. Rozita Arbain bersama sukarelawan di Kluang iaitu En. Roslan Husin.
 
Sumbangan berupa wang tunai adalah daripada dermawan seperti yang dinyatakan di bawah manakala Kotak Infaq Rezeki adalah daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
 
Dermawan :
1. Datin Noorulhuda binti Md Ali (1 keluarga)
2. Dr. Siti Rohana binti Saad (1 keluarga)
3. Pn. Junita binti Ishak (2 keluarga)
 
Penyerahan sumbangan diserahkan kepada penerima berikut:
 
1. NURHANA ABDUL KARIM – Seorang ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak yang mana 2 daripadanya bersekolah menengah manakala 2 lagi masih bersekolah rendah. Perbelanjaan keluarga ini hanya bersandarkan bayaran pencen ilat berjumlah RM650 yang diterima setiap bulan.
 
2. SHILLA BINTI BORHAN - Ibu tunggal yang bekerja sendiri menanggung 8 orang anak (5 lelaki dan 3 perempuan). Telah berpisah 3 tahun yang lalu kerana bekas suami tidak mahu bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga yang setiap tahun meningkat. Anak bongsu yang berusia 4 tahun pula memerlukan rawatan perubatan kerana masalah sumbing.
 
3. HAFIZAH BINTI HAMID - Seorang Ibu Tunggal yang telah kehilangan suami pada bulan Januari tahun lepas kerana penyakit kanser pangkal hidung. Kini Hafizah menjadi ketua keluarga bagi menguruskan 7 orang anak yang bersekolah dan seorang abang yang OKU dan tidak mampu bekerja. Hanya bersandarkan pendapatan dari pencen ilat arwah suami berjumlah RM500 sebulan dan bantuan JKM sebanyak RM1000, keluarga seramai 9 orang ini meneruskan kehidupan.
 
4. MOHD KHAIRUNIZAM BIN AHMAD KAMAL - Bekerja sebagai pembantu penyelenggaraan Keretapi Tanah Melayu. Beliau menyewa di kuarters uzur yang perlu diselenggara sendiri bersama isteri Nur Ashima binti Hamid dan 4 orang anak.
 
5. ABDUL RAUF BIN MOHD HASSIM - Bekerja sebagai pemandu bas persiaran. Bermula PKP semua pemandu telah diberikan cuti tanpa gaji. Dengan usia kini meningkat ke 54 tahun, penyakit diabetes & masalah saraf yang dihidapi menyebabkan beliau tidak mampu untuk mencari kerja lain. Perbelanjaan harian keluarga ini ditanggung segalanya oleh anak sulung pasangan ini yang telah pun bekerja. Anak kedua, ketiga dan keempat pula sedang melanjutkan pelajaran di IPTA, manakala anak bongsu masih bersekolah menengah.
 
6. IBRAHIM BIN KUNCHI MOIDEEN - Bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan di Singapore dengan gaji sebanyak RM1500. Beliau dikurniakan 5 anak di mana anak sulung baru sahaja tamat tingkatan 5 manakala yang lain masih bersekolah.
 
7. MASWAN BIN RAHMAT - Bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM 1,200 sebulan. En Maswan bersama isteri Rosnah binti Maslan (44 tahun) membesarkan 3 orang anak di rumah sewa. Anak sulung mereka merupakan OKU yang sedang bersekolah SMK Sultan Abdul Jalil.
 
8. SAHARUL SAHARUDDIN BIN ABDUL LATIF - Bekerja sebagai seorang pemandu lori dengan gaji RM 1200.00 sebulan, En Saharul Saharuddin 46 tahun bersama isteri Salehaton binti Sabarudin membesarkan anak-anak seramai 5 orang.
 
9. AFIZAL BIN MUHAMMAD - Bekerja sebagai pemandu lori bagi menyara kehidupan bersama 7 orang anak yang kesemuanya masih belajar. Setelah kehilangan isteri hujung tahun 2020 akibat kanser, anak-anak beliau perlu berdikari sendiri memandangkan En. Afizal sentiasa bekerja malam.
 
10. JOHARA BIN MOHAMAD – Berusia 50 tahun. Seorang pekerja buruh potong sawit di kebun orang dengan upah sebanyak RM 600 sahaja (bergantung hasil kutipan) harian. Berkahwin dengan Asiah Binti Ali (48 tahun) mereka dikurniakan 8 orang anak di mana 4 daripadanya masih bersekolah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;