- Hit: 273
PUTRAJAYA, 25 April 2022 - En Mohd Azmir bin Razali mula menjual aiskrim Malaysia di Dataran Putrajaya dan taman-taman rekreasi di sekitar rumahnya untuk kelangsungan hidup keluarganya. Beliau juga membantu rakan rakannya meniaga nasi lemak, kuih-muih dan pelbagai lagi untuk menambah pendapatan keluarganya.
Isteri En Azmir bekerja sebagai mengasuh anak anak jiran tetangga. Dengan pendapatan mengasuh dapatlah beliau membantu serba sedikit keperluan keluarganya.
En. Azmir mempunyai anak seramai 5 orang, di mana semua masih bersekolah. 3 anaknya di sekolah menengah, 1 sekolah rendah dan 1 di tadika. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 314 8085.
Sumbangan SKR 2022 telah disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai.