- Hit: 255
LEMBAH SUBANG, 15 April 2022 - Petang ini telah berlangsung Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), Yayasan Basmi Kemiskinan dan Sukarelawan JKM Petaling di PPR Lembah Subang.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Pengerusi YBCare, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah hadir untuk bersama-sama mengagihkan bubur lambuk. YBhg. Dato' juga telah menyampaikan ucapan dan perkongsian ringkas kepada para hadirin sebelum agihan dimulakan. Dalam majlis yang sama juga, 30 buah keluarga terpilih telah menerima bakul makanan daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Selangor dan barangan sumbangan Dutch Lady Malaysia .
Turut hadir, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pn. Misha Romli (Ketua Sukarelawan JKM Petaling) dan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling.
Agihan dan proses memasak dan membungkus bubur lambuk turut dibantu oleh para Sukarelawan JKM Petaling. Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini.