KELANA JAYA, 10 Februari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada hari ini telah mengadakan sesi Rapat Bulanan Semangat Mendaki bersama YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.

Sesi diadakan secara hibrid (bersemuka dan tele-sidang) melibatkan seluruh karyawan YBK. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, En. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK) serta Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK).
Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membuka sesi dengan taklimat pengurusan kepada Dato' Pengerusi, dan diikuti dengan amanat oleh Pengerusi YBK kepada seluruh karyawan YBK.

Dato' Zainal dalam ucapannya mengingatkan Pengurusan YBK terutamanya Ketua-Ketua Jabatan agar lebih tegas dan peka dengan prestasi karyawan di bawah tanggungjawab di samping lebih proaktif dalam menjana idea dan menyelesaikan isu-isu berbangkit. Para karyawan juga diingatkan agar melaksanakan tugasan dan arahan yang diamanahkan sebagaimana ditetapkan dalam KPI masing-masing. Sesi diakhiri dengan sambutan hari lahir kepada ALPA dan karyawan yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari.

Perjumpaan bulanan ini adalah platform kepada Pengerusi YBK dan ALPA untuk menyampaikan amanat, pandangan serta teguran di samping mendapat maklum balas daripada karyawan YBK di semua peringkat dan Jabatan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;