- Hit: 283
KELANA JAYA, 12 Januari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyiap dan menyerahkan 358 set kelengkapan solat (sejadah, kain pelikat & telekung) kepada wakil Yayasan Frontliners Malaysia untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di kawasan Hulu Langat.
Simbolik serahan dilaksanakan di Rumah YBK Kelana Jaya oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) kepada wakil Yayasan Frontliners Malaysia dan disaksikan oleh Pengurus-Pengurus Jabatan YBK.