- Hit: 306
KLANG, 12 Januari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan terus menyantuni keluarga terkesan akibat musibah banjir dengan menghulurkan sumbangan kepada 30 buah keluarga di kawasan Meru, Klang.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan En. Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK meluangkan masa bersama berziarah dan menyerahkan sumbangan kepada keluarga yang menerima. Turut serta, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Aliah Zam (Pengurus Media YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan YBK), dan Tuan Khairul Anuar Saimun (sukarelawan YBK merangkap mantan karyawan YBK).