- Hit: 371
SEPANG, 10 Januari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menyampaikan sumbangan pasca banjir kepada 20 keluarga di Bukit Changgang. Kawasan ini terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terjejas teruk akibat banjir yang melanda kawasan tengah Malaysia pada bulan Disember 2021.
Sumbangan berupa set tilam dan bantal, sejadah, tuala dan periuk memasak telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz , Pengurus Besar YBK. Turut bersama semasa penyampaian sumbangan adalah Puan Alia Zam (Pengurus Media & Perhubungan Awam)ย dan Puan Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan).
YBK merakamkan ucapan terima kasihย kepada Puan Norlida Parjoh, sukarelawan YBK merangkap mantan karyawan YBK yang telah membantu mengkoordinasikan sumbangan di sini.