- Hit: 335
HULU LANGAT, 3 Januari 2022 - YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah meluangkan masa menziarahi En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan keluarga yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda kediamannya di Taman Sri Nanding di sini.
Kawasan kejiranan ini adalah antara yang paling teruk terjejas di Hulu Langat apabila banjir buruk melanda 15 hari yang lepas. Turut sama menziarahi adalah Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan para karyawan YBK.
YBK merupakan antara NGO yang aktif membantu di kawasan ini, antaranya ialah inisiatif Dapur YBK di mana selama 10 hari, YBK telah memberi sumbangan pek makanan bermasak di samping barangan-barangan lain bagi meringankan beban penduduk yang sangat terkesan.