- Hit: 326
KG. BUKIT LANCHONG, 30 Disember 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyerahkan sumbangan kepada 18 buah keluarga terkesan banjir di Kg. Bukit Lanchong. Sumbangan berupa dapur memasak dan barangan lain disampaikan kepada penerima oleh En. Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK mewakili YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.
YBK dimaklumkan Kg. Bukit Lanchong juga sangat terkesan akibat banjir besar baru-baru ini, dan komuniti di sini masih dalam proses membersih dan mengemas kediaman masing-masing. Kg. Bukit Lanchong terletak berhampiran Sungai Klang dan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya.