HULU LANGAT, 22 Disember 2021 - Prihatin dengan musibah banjir yang melanda kawasan tengah Malaysia, Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir ke daerah Hulu Langat.

Fokus YBK adalah di kawasan Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana banjir ini. Kediaman keluarga Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz yang terletak dalam kawasan taman ini turut terkesan.

YBK telah menyiapkan dan mengedarkan sumbangan berupa pek-pek makanan melalui inisiatif Dapur YBK untuk kepada mangsa di kawasan ini. Karyawan Asrama Kasih YBK telah membantu dalam proses membersihkan kediaman dan mengemas barangan.

Selain itu, barangan kelengkapan/sanitasi diri serta pakaian dalam bersih turut disumbangkan dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat dan Majlis Belia Malaysia. Difahamkan banyak pertubuhan dan badan turut hadir memberikan pelbagai bentuk sumbangan, satu bukti dan manifestasi keprihatinan rakyat Malaysia.

YBK mendoakan semoga semua mangsa yang terkesan tabah dan cekal dalam mengharungi ujian yang melanda, dan terima kasih kepada karyawan dan sukarelawan YBK yang bersama-sama dalam misi ini.

Gambar dan laporan di Facebook Page YBK -

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;