- Hit: 335
KELANA JAYA, 22 Disember 2021 - Para Karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan melalui inisiatif Dapur YBK telah bergotong-royong memasak dan menyiapkan pek-pek makanan untuk sumbangan Misi Bantuan Banjir di kawasan Hulu Langat.
Sebanyak 200 pek makanan berupa makanan tengah hari telah berjaya disiapkan dan akan dihantar ke kawasan Taman Sri Nanding di Hulu Langat, yang merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir di wilayah tengah Malaysia pada hari Sabtu yang lepas (18/12/2021).
Gambar dan laporan di Facebook Page YBK -