KAMUNTING (PERAK), 8 Disember 2021 - YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menghadiri jemputan ke Program Bersama Banduan Kategori Radikal di Pusat Koreksional Kamunting. Di sini beliau telah meluangkan masa bersama 12 orang penghuni dengan memberi perkongsian motivasi dan peluang yang ditawarkan oleh YBK khususnya dalam lapangan pertanian.
 
Dalam perkongsian motivasi, Dato' Zainal melahirkan rasa bangga serta mengingatkan bahawa kehadiran mereka di sini adalah umpama 'musibah untuk berhijrah kepada tuah'. Beliau menyatakan mereka beruntung kerana masih berpeluang bertemu jalan keinsafan dan memperbetulkan hidup, malah dikelilingi oleh warden yang sangat memberi sokongan.
 
Turut hadir bersama, Tuan PKK Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Penolong Kanan Komisioner Bahagian Banduan / Tahanan Radikal & Berisiko Tinggi; Tuan PKP Harun Bin Awang (Pengarah Pusat Koreksional Kamunting), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan pegawai kanan penjara.
 
YBK turut dibawa melawat ke tapak nurseri durian dan kolam ikan keli yang diusahakan oleh Jabatan Penjara. Difahamkan Pusat Koreksional Kamunting ada menghasilkan produk berasakan ikan keli di samping produk-produk berasaskan pertanian (agro-based) berpotensi. YBhg. Dato' juga telah diberi penghormatan untuk menanam sepohon anak pokok durian sebagai 'simbolik' kehadiran dan persahabatan YBK dan Jabatan Penjara.
 
Pusat Koreksional Kamunting mempelawa YBK untuk meneroka ruang kerjasama dalam mengkomersialkan produk-produk ini dan perbincangan lanjut akan diadakan selepas ini.
 
• Lihat lebih banyak gambar di sini

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;