- Hit: 374
SERENDAH, 9 November 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan menerima lawatan daripada pegawai kanan Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor ke Ladang Cili di Asrama Kasih YBK Serendah.
Hadir daripada pihak Jabatan Pertanian adalah Tuan Azahar Ibrahim (Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri Selangor), Puan Norimah Jumat (Timb. Pengarah Seksyen Sayuran & Tanaman Kontan, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman); Puan Laylil Hakih (Pegawai Pertanian Daerah Hulu Selangor) dan para pegawai.
Di pihak YBK, turut bersama adalah En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah). Pelawat telah diberikan taklimat berkenaan ladang cili Asrama Kasih dan pada masa yang sama, melihat pemasangan sistem IOT ladang pintar sumbangan Jabatan Pertanian.