JELI (KELANTAN), 24 Oktober 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan lawatan kerja di jajahan Jeli, Kelantan dan kunjung hormat kepada Ketua Jajahan Jeli, YABrs. En. Nik Raisnan Hj Daud.

Turut bersama dalam sesi lawatan, Dato' Mohamed Irwan Mansor (SUSK YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah memberi taklimat dan membawa rombongan melawat ke beberapa lokasi menarik di Jeli. Antara tempat yang dikunjungi adalah Gunung Reng yang terkenal dengan keunikan gua-gua kecil dan legenda Puteri Sa'adong, serta lokasi rekreasi dan alam semula jadi yang menjadi tarikan Jajahan JeliΒ Rombongan juga telah dibawa melihat peralatan 'incinerator' bagi memproses barang buangan dan Jeli Cat Care iaitu rumah kebajikan kucing.

Dalam lawatan ini, YBK telah melihat potensi untuk Jeli menjadi hab pelancongan bertemakan alam semula jadi, dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan YABrs. Ketua Jajahan Jeli bagi meneroka peluang pelaburan dan pembangunan potensi pelancongan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;