- Hit: 328
17 OKTOBER 2021 (Ahad) - Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa pada hari ini, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi webinar khas secara tele-sidang dan dipancarkan secara langsung melalui FB Live.
Webinar bertajuk - “Society 5.0” Dalam Pengurusan Kemiskinan: Potensi & Kapasiti Belia Malaysia - telah disampaikan oleh speaker jemputan, YBhg. Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Pengarah, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan.
Sesi yang berlangsung lebih 2 jam berjaya menghimpunkan penyertaan langsung lebih 70 orang dan turut ditonton di FB Live YBK dan MBM. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan); Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK; Ketua-Ketua Jabatan dan para karyawan YBK; serta kepimpinan dan wakil belia negeri, daerah juga rakan-rakan strategik.
En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK merangkap Naib Presiden MBM bertindak selaku moderator. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Saudara Jufitri Bin Joha (Presiden MBM) dan perasmian disempurnakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK mewakili Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.
Terima kasih kepada semua yang telah mengikuti sesi webinar ini dan semoga memberi manfaat kepada kita semua.