- Hit: 516
14 OKTOBER 2021 (Khamis) - Telah berlangsung sesi BICARA ALPA bersama YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) secara tele-sidang pada pagi ini. Beliau telah memberikan perkongsian bertajuk 'Reflection'.
Sesi telah diikuti oleh Ketua-Ketua Jabatan YBK juga para karyawan di peringkat pengurusan dan pelaksana. Turut bersama, Encik Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK.
Dalam sesi ini, YBhg. Datin telah berkongsi berkenaan kepentingan melakukan refleksi diri bagi membentuk keperibadian dan emosi yang baik. Beliau juga menasihatkan karyawan untuk menjadi diri sendiri dan sentiasa ceria dalam tugasan yang diamanahkan.
Bicara ALPA adalah siri khas sesi perkongsian oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK kepada keluarga YBK dan akan diadakan secara berkala sebagai sebahagian daripada aktiviti karyawan YBK.
Rakaman sesi boleh ditonton di YouTube YBK TV