- Hit: 388
30 SEPTEMBER 2021 (Khamis) - Telah selesai dengan jayanya sesi Dialog Maya Belia Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan (BKBK) Alaf Baru peringkat Zon Tengah. Sesi dialog ini adalah inisiatif Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama-sama kepimpinan belia di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Sesi bermula jam 9:00 malam dengan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK merangkap Naib Presiden MBM telah bertindak selaku Moderator. Kehadiran terdiri daripada kepimpinan belia Majlis Belia Selangor, Majlis Belia Wilayah Persekutuan, serta Majlis Belia peringkat Daerah bersama-sama badan gabungan.
Sesi dirasmikan oleh Encik Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom. Encik Jufitri Bin Joha, Presiden MBM turut bersama dalam sesi dan menyampaikan ucapan penutup.
Objektif dialog ini adalah bagi mendapatkan input-input idea serta cadangan daripada kepimpinan belia di peringkat negeri dan daerah dalam aspek dan penambahbaikan dan 'meremajakan' inisiatif pembasmian kemiskinan dan pembinaan kesejahteraan di Malaysia.
Sesi ini merupakan siri terakhir dan sebelum ini telah diadakan di zon Pantai Timur (7 Julai), Utara (29 Julai), Selatan (18 Ogos) dan Borneo (23 September). Semua input yang dikongsikan oleh peserta akan di kumpul, diperkemas dan akan dibentangkan dalam Sidang Meja Bulat Nasional Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan anjuran bersama YBK-MBM yang akan diadakan kelak.