27 September 2021 (Isnin) - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah mengikuti sesi perkongsian dalaman bersama Muslim Volunteer Malaysia berkenaan pendanaan awam (crowdfunding).

Perkongsian disampaikan oleh Pn. Ros Atiqah Fatin Abdullah daripada unit media dan pemasaran MVM. En. Mohd Fauzan Abdul Sukor (Ketua Pegawai Eksekutif MVM) telah memberikan ucapan aluan sebelum sesi bermula Sesi berkisar berkenaan kaedah pemasaran, penjenamaan organisasi dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan inisiatif pendanaan awam.

Turut serta dalam sesi ini adalah Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Ketua-Ketua Jabatan dan karyawan YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;