- Hit: 439
SERENDAH, 20 September 2021 - Hari ini telah berlangsung tuaian hasil pertama jagung manis dari ladang Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Bukit Tasik Serendah.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Pengerusi Koperasi Kasih YBK, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah bersama-sama Pengurus Besar serta para karyawan YBK bergotong-royong menuai jagung manis yang matang untuk dipasarkan. Turut hadir di ladang, En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK).
Hadir bersama adalah pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang melawat ladang untuk mendapatkan idea konsep program 'Kebun Asrama' yang akan dicadang ke peringkat atasan.