- Hit: 348
18 OGOS 2021 (Rabu) -Β Telah berlangsung dengan jayanya siri ke-3 Dialog Maya Belia Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan (BKBK) Alaf Baru untuk Zon Selatan. Sesi dialog ini adalah inisiatif bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia di negeri-negeri zon selatan.
Sesi bermula pada jam 9:00 malam dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK merangkap Naib Presiden MBM telah bertindak selaku Moderator. Kehadiran adalah terdiri daripada wakil-wakil dari Majlis Belia Negeri dan Daerah dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sesi dirasmikan oleh Encik Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom. Ucapan penutup telah disampaikan oleh Saudara Muhammmad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden, Majlis Belia FELDA Malaysia.
Objektif dialog ini adalah bagi mendengar dan mendapatkan input-input idea, cadangan serta 'luahan' daripada wakil-wakil belia di peringkat negeri dan daerah dalam aspek dan penambahbaikan dan 'meremajakan' inisiatif pembasmian kemiskinan dan pembinaan kesejahteraan di Malaysia.
Sesi dialog di zon Selatan ini merupakan siri ke-3, dan siri seterusnya akan dilaksanakan di zon Borneo dan zon Tengah. Semua input-input ini akan di kumpul, diperkemas dan akan dibentangkan dalam Sidang Meja Bulat Nasional Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan anjuran bersama YBK-MBM yang akan diadakan kelak.