- Hit: 339
GESIR, 9 Ogos 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menyerahkan sumbangan YBK Prihatin kepada 73 keluarga terkesan di kawasan Mukim Sungai Selisik. Sumbangan berupa barangan keperluan asas 'Kotak Infaq Rezeki' daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah meluangkan masa menyerahkan sendiri Kotak Infaq Rezeki kepada penerima. Proses serahan berjalan lancar dan mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan. Turut bersama, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pengurus dan karyawan daripada Jabatan Pendidikan, Pentadbiran, serta Kewangan yang turut sama membantu memastikan semuanya berjalan lancar.