- Hit: 389
RAWANG, 11 Ogos 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengikuti taklimat pembangunan usahawan 'Royale Burger' untuk golongan asnaf, B40 dan OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Royale Burger merupakan produk Merpati Foods & Trading Sdn. Bhd. dan syarikat ini menjalankan inisiatif membantu kumpulan terkesan menjana pendapatan keluarga melalui latihan usahawan produk berasaskan burger. Ketua Pegawai Eksekutif Merpati Foods & Trading, Encik Abdul Latif Adol turut bersama memberikan taklimat.
Hadir mengikuti taklimat, Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan merangkap Pengerusi Koperasi Kasih YBK); Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); dan karyawan daripada Koperasi Kasih YBK dan YBK.