- Hit: 332
29 JULAI 2021 (Khamis) - Telah berlangsung dengan jayanya siri ke-2 Dialog Maya Belia Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan (BKBK) Alaf Baru untuk Zon Utara. Sesi dialog ini adalah inisiatif bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia di negeri-negeri zon utara.
Sesi bermula pada jam 9:00 malam dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK merangkap Naib Presiden MBM telah bertindak selaku Moderator. Kehadiran adalah terdiri daripada wakil-wakil dari Majlis Belia Negeri dan Daerah dari negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Sesi turut mengalukan kehadiran YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK yang memberikan ucapan perasmian dan tekun mendengar idea-idea anak muda daripada awal sesi sehingga selesai. Presiden MBM, Tuan Jufitri Bin Joha turut mengikuti sesi dari awal dan telah menyampai ucapan penutup.ย Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan); Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Rahman Ayub dan Encik Zainal Mohd Jais (Ahli Lembaga Pemegang Amanahย YBK), Pengurus-Pengurus Jabatan dan karyawan YBK selaku sekretariat, dan wakil daripada MBM.
Objektif dialog ini adalah bagi mendengar dan mendapatkan input-input idea, cadangan serta 'luahan' daripada wakil-wakil belia di peringkat negeri dan daerah dalam aspek dan penambahbaikan dan 'meremajakan' inisiatif pembasmian kemiskinan dan pembinaan kesejahteraan di Malaysia.
Sesi dialog di zon Utara ini merupakan siri ke-2, dan siri seterusnya akan dilaksanakan di peringkat zon Selatan, dan zon-zon yang lain. Semua input-input ini akan di kumpul, diperkemas dan akan dibentangkan dalam Sidang Meja Bulat Nasional Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan anjuran bersama YBK-MBM yang akan diadakan kelak.