KUALA LUMPUR, 20 Jun 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama MyFundAction hari ini meneruskan momentum sumbangan Kotak Rezeki Ummat (COVID-19 Emergency Appeal Project) di empat lokasi terpilih melibatkan 250 keluarga di Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan, Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah meluangkan masa hujung minggu untuk bersama dalam sesi serahan di PPR Laksamana. Seramai 63 keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dipilih untuk menerima Kotak Rezeki Ummat.

Turut hadir bersama, Puan Siti Aisyah Shahid (Ketua Pegawai Operasi MyFundAction), Encik Muhammad Azri Abdul Jalil (Pengarah Projek/Operasi MyFundAction), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Tuan Haji Muslim Haji Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Penduduk), para pegawai dan sukarelawan YBK, MyFundAction dan Jawatankuasa Penduduk.

Serahan dilaksanakan mengikut S.O.P. yang sangat ketat di mana pemakaian sut P.P.E. , pelitup muka dan sarung tangan adalah diwajibkan serta semua penerima perlu memeriksa suhu badan dan mendaftar masuk melalui MySejahtera. Sesi berlangsung dengan pantas dan mengambil masa satu jam.

Program Sumbangan Kotak Rezeki Ummat (COVID-19 Emergency Appeal Project) ini adalah kerjasama strategik MyFundAction bersama YBK dan gerak kerja strategik ini akan diteruskan di masa-masa akan datang demi manfaat kumpulan sasar.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;