BATANG KALI, 17 April 2021 - Program Jualan Ikan Segar anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan PukatCARE meneruskan jelajahnya hari ini di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor. Program di sini adalah dengan kerjasama Yayasan DMI dan Rukun Tetangga KRT Fasa 2 Bandar Utama Batang Kali.

Hari pertama pada hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan para pengunjung telah berada di tapak seawal jam 8:30 pagi. Pematuhan SOP amat ditekankan dengan urusetia memantau keadaan. YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK telah hadir melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penerima asnaf terpilih dengan barangan tajaan PukatCARE (ikan segar) dan Yayasan DMI (sayur segar).

Turut hadir menyampaikan, Dato' Mohd Isa Abu Kasim (Pengerusi Yayasan DMI) dan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (mantan Ahli Dewan Negeri kawasan Batang Kali), Tuan Ibrahim Abdul Rahman (Ketua KRT Fasa 2 Bandar Utama Batang Kali) dan Haji Yaziz Yunus (Penyelaras/Koordinator).

Program akan berlangsung selama dua hari iaitu 17 dan 18 April 2021 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9 pagi hingga 6 petang di Perkarangan Restoran Mek Da Seafood, Pusat Perdagangan Ara Batang Kali. Pelbagai ikan segar ditawarkan dengan harga serendah RM3/kilo.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;