BUKIT BERUNTUNG, 19 April 2021 - Hari ini telah berlangsung penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction kepada beberapa keluarga terpilih di sekitar Bukit Beruntung. Serahan telah dilaksanakan oleh BAKA bersama koordinator Program SKR, Cik Afifah Nazimuddin.

Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


Mohd Fidzal bin Fadzil @ Ahmad Fadzil pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Bukit Beruntung dengan pendapatan sebanyak RM 1,800 sebulan. Namun Julai 2020, beliau mengalami strok sebelah badan dan tidak lagi dapat bekerja seperti biasa. Harapan untuk menyara keluarga telah diletakkan dibahu anaknya. Walaupun bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan yang tidak menentu, cukup untuk menampung makan dan minum mereka sekeluarga. Lebih mendukacitakan apabila isteri tercinta, Rozita bt Mohd Zainol pergi mengadap Ilahi padda Februari 2021 akibat kanser. Kini tinggal 5 ekor kucing kesayangan anak bongsunya menjadi peneman setia di kala anak bongsunya ke sekolah. Kucing-kucing ini akan baring bersamanya di waktu malam. Anak yang menjadi tonggak keluarga tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa menjaga keperluan harian ayahnya yang tidak dapat bergerak. Beliau sekeluarga hanya mengharapkan ihsan dari jiran-jiran yang sudi berkongsi rezeki dan juadah puasa. Keluarga ini dalam proses memohon sumbangan zakat bagi bayaran tunggakan rumah yang didiami. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-643 6621. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh Puan Hjh Norrihan bt Abdullah. Turut hadir, Puan Alibah bt Ab. Rahim, Puan Noi dan Cik Afifah bt Nazimuddin.


Sejak PKP 1.0 pada Mac 2020, suaminya, Che Rozaimie bin Che Hassan tidak bekerja, namun pada Mac 2021, beliau kembali diterima bekerja sebagai warden di Bentong Pahang dengan pendapatan sebanyak RM 1,300 sebulan. Che Rozaimie mengidap penyakit astma yang kronik sehingga beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. Dua orang anak beliau juga mengidap penyakit yang sama. Noor Ashikin bt Abd Aziz bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak bagi menambah pendapatan mereka sekeluarga. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-2114 6276. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh Puan Hjh Norrihan bt Abdullah. Turut hadir, Puan Alibah bt Ab. Rahim, Puan Noi dan Cik Afifah bt Nazimuddin.


Perginya isteri tercinta sebelum bulan Ramadhan 2 tahun lepas, telah meragut seluruh kebahagian dan keceriaan dalam keluarga ini. Fadnillah bt Zani pergi mengadap Ilahi setelah bertarung dengan kanser yang dihidapi. Fakharuddin bekerja sendiri bagi menyara kehidupan beliau dan6 orang anak-anak yang masih sekolah. Ketiadaan isteri tercinta sedikit sebanyak menjejaskan rutin rumah tangga. Kini anak kedua yang bertindak menjadi ‘ibu’, memasak dan menjaga kelengkapan ayah, abang dan adik-adik yang lain. Tidaklah mengharapkan sempurna seperti seorang ibu, cukuplah menyediakan seadanya buat mereka sekeluarga. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-5874 5546. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh Puan Hjh Norrihan bt Abdullah. Turut hadir, Puan Alibah bt Ab. Rahim, Puan Noi dan Cik Afifah bt Nazimuddin.


Kehilangan suami tercinta pada 31hb Mac 2021 yang lalu telah menjejaskan sumber pendapatan keluarga ini. Suami yang diharapkan menjana pendapatan bagi mereka sekeluarga pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Sonita tidak bekerja dan hanya mengharapkan ihsan menantu yang bekerja sebagai penghantar surat. Di rumah inilah tinggal mereka 6 beranak menjalani hari-hari mendatang dengan pasrah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-295 8030. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh Puan Hjh Norrihan bt Abdullah. Turut hadir, Puan Alibah bt Ab. Rahim, Puan Noi dan Cik Afifah bt Nazimuddin.


Muhammad Nazim bin Abdul Manap bekerja sebagai pembantu mekanik di sebuah bengkel kereta di Bukit Sentosa. Nurhazmani bt Ideris, isterinya tidak bekerja kerana menjaga keperluan 6 orang anaknya yang masih kecil. 4 dari 6 orang anaknya masih bersekolah dan yang lain masih kecil. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-2372 6784. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh Puan Hjh Norrihan bt Abdullah. Turut hadir, Puan Alibah bt Ab. Rahim, Puan Noi dan Cik Afifah bt Nazimuddin.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;