- Hit: 583
KUALA LUMPUR, 17 April 2021 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2021 telah berlangsung hari ini di sekitar bandaraya Kuala Lumpur melibatkan beberapa keluarga terpilih yang dilaksanakan bersama-sama Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA). Setiap keluarga yang terpilih akan menerima wang tunai untuk keperluan berbuka dan bersahur serta 'Kotak Rezeki Umat' sumbangan MyFundAction.
Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman dan Presiden BAWA, YBhg. Dato' Amiluddin Haji Latip telah turun padang berjumpa dan menyerahkan sumbangan kepada keluarga terpilih. Sukarelawan BAWA dan pegawai YBK turut serta dalam proses serahan.
Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
Kehidupan mereka sekeluarga diuji apabila ketua keluarga, En. Mursydi di sahkan mengidap komplikasi jantung. Beliau sudah tidak dapat keluar bekerja kerana tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja berat. Anak sulung beliau, adik Muhammad Hairum bin Mursyidi, berusia 22 tahun telah menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Beliau bekerja sebagai pembantu di Pusat Dalam Komuniti Taman Wahyu. Dengan gaji RM1,100 itulah beliau membeli keperluan harian keluarga dan 5 orang adik-adiknya yang masih bersekolah. Sikap ringan tulang dan suka membantu orang lain memperkenalkan beliau dengan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA). Beliau merupakan salah seorang ahli BAWA yang sangat aktif di PPR Taman Wahyu dan sekitarnya. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-1427 8932. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh YBhg Datin Dr. Hjh Hartini bt Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan. Turut hadir bersama YBhg Dato’ Amiluddin bin Hj Latip, Presiden BAWA.
Pn. Norshamsinar Salehudin baru saja kehilangan suami tercinta tujuh bulan yang lalu. Dek kerana 5 orang anak-anak yang masih kecil, beliau tidak dapat keluar bekerja. Buat masa ini, pendapatan keluarga ini adalah dari sumbangan Baitul Mal. Walaupun begitu, beliau berterima kasih kepada jiran-jiran yang selama ini sudi berkongsi rezeki bersama anak-anaknya. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-1535 5014. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh YBhg Datin Dr. Hjh Hartini bt Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan. Turut hadir bersama YBhg Dato’ Amiluddin bin Hj Latip, Presiden BAWA.
Cinta ibu membawa ke syurga, begitulah sinonimnya ibu dan kasih sayang kepada anak-anak. Pn. Jasimah bt Awaluddin, 62 tahun terpaksa menyara kehidupan 5 cucunya yang merupakan anak yatim dengan menjual nasi lemak berharga RM 1 di kawasan PPR Taman Wahyu. Kadang-kadang merekalah yang membantu membungkus nasi lemak untuk dijual. Hasil jualan dari nasi lemak ini tidaklah banyak, namun cukup untuk menampung mereka sekeluarga. Tiada apa yang menggembirakan hatinya, apabila cucu-cucunya dapat makan dan bersekolah dengan sempurna. Baginya, biarlah mereka membesar didepan mata, susah senang bersama-sama. Keluarga ini boleh dihubungi di talian, 011 6436 6849. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh YBhg Datin Dr. Hjh Hartini bt Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan. Turut hadir bersama YBhg Dato’ Amiluddin bin Hj Latip, Presiden BAWA.
Pn. Norlela bt Basir bekerja sebagai Pembantu Tadika dengan pendapatan sebanyak RM 900 bagi menyara kehidupan beliau dan dua orang anaknya. Anak sulung beliau Nornazirah bt Abdul Razak, ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi membantu keperluan mereka sekeluarga. Anak kedua beliau, Nor Nabila bt Abdul Razak merupakan anak istimewa (lembam). Walaupun dikategorikan sebagai istimewa, beliaulah yang menjaga anak-anak kakaknya yang masih kecil apabila kakak dan ibunya kelaur bekerja. Keluarga ini tidak mendapat bantuan dari mana-mana agensi. Keluarga ini boleh dihubungi di talian, 014-734 5602. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh YBhg Datin Dr. Hjh Hartini bt Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan. Turut hadir bersama YBhg Dato’ Amiluddin bin Hj Latip, Presiden BAWA.
Pn. Rohaya bt Ahmad tidak bekerja kerana terpaksa menjaga suami, Roslan bin Ngah yang terlantar sakit sejak beberapa bulan yang lalu. Suami beliau mengidap penyakit asma yang kronik dan pernah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas. Akibat komplikasi pada saluran pernafasan, beliau terlantar di katil dan memerlukan bantuan sepenuhnya untuk makan dan bersihkan badan. Puan Rohaya juga menjaga seorang ibu yang uzur berusia 83 tahun. Pendapatan keluarga ini ditanggung oleh 2 orang adik Puan Rohaya yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu. Keluarga ini boleh dihubungi di talian, 019 926 3842. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh YBhg Datin Dr. Hjh Hartini bt Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan. Turut hadir bersama YBhg Dato’ Amiluddin bin Hj Latip, Presiden BAWA.
Pn. Norliana bt Mat Noh tidak bekerja kerana menjaga ibu, Puan Mariani bt Zakaria yang mengidap Kanser Payu Dara Tahap 4. Puan Mariani Zakaria kini menjalani rawatan susulan di Hospital dan memerlukan pemantauan yang khusus dari anak-anak untuk menjaga luka pembedahan. Suami beliau, Jeffry bin Rosli bekerja sebagai pemamndu teksi bagi menyara kehidupan beliau dan 7 orang anak-anaknya yang masih bersekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian, 011-5136 8904. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 telah disampaikan oleh YBhg Datin Dr. Hjh Hartini bt Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan. Turut hadir bersama YBhg Dato’ Amiluddin bin Hj Latip, Presiden BAWA.