- Hit: 561
AMPANG & GOMBAK, 19 April 2021 - Hari ini telah dilaksanakan penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction kepada lapan (8) keluarga terpilih di kawasan Ampang dan Gombak. Serahan telah dilaksanakan oleh Puan Alia Zam (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK).
Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
En. Azhar b Ahmad (44 tahun) dahulunya bekerja sebagai pembantu di sebuah hotel namun kini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Isteri beliau, Pn. Roszilawati bt Mohd Saad pula menghidap penyakit SLE yang telah mengganggu kesihatan dan membataskan pergerakannya. Anak mereka seramai empat (4) orang, yang sulung kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Aisyah Humairah (18 tahun). Manakala tiga (3) orang lagi masih bersekolah, Muhammad Ammar Fikri (13 tahun), Nur Adha Damia (12 tahun) dan Muhammad Rayyan Idiha (10 tahun). Mereka tinggal di rumah yang di bina sekadarnya dari kayu dan papan yang terbuang di atas tanah kawasan setinggan ini. En. Azhar boleh di hubungi di talian 011 5115 2588. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction telah disampaikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim, Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.
En. Abdul Rahman Hassan tinggal bersama 6 orang anak setelah isteri beliau meninggal dunia 5 tahun lepas. Beliau bekerja sebagai pemandu van sekolah. Beliau menyara 6 orang anak yang berumur antara 5 hingga 20 tahun, di mana 5 orang masih belajar. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Lembah Jaya Selatan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2815 1053. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction disampaikan oleh Puan Alia Zam, Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.
En. Khalid (52 tahun) dan Pn. Noor Asmawati (41 tahun) tinggal di sebuah rumah yang diusahakan oleh Lembaga Zakat di mana sebelum ini pasangan ini dan anak-anak mereka tinggal di rumah atas bengkel kereta di Batu Caves. Untuk menampung hidup, Pn. Noor Asmawati berniaga nasi lemak dan mujurlah beliau ada mendapat bantuan berupa sebuah kenderaan bagi memudahkan beliau bergerak menjual nasi lemak. En. Khalid tidak bekerja kerana menghidap sakit dalam perut serta radang prostat. Pasangan ini memilik 5 orang anak di mana 3 orang lagi masih bersekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 231 5392. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction telah disampaikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim, Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.
Pn. Nur Azlina Che Ramli tidak bekerja dan tinggal bersama 5 orang anak berumur antara 2 hingga 12 tahun di mana 4 orang masih belajar dan seorang tidak bersekolah. Keluarga ini tinggal di Taman Ampang Indah. Rumah yang beliau duduki bersama anak-anak telah lama tidak dibayar kepada bank kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 272 8500. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction telah disampaikan oleh Puan Alia Zam, Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.
En. Mohamed Azam dan isteri, Pn. Ramizah tinggal menyewa di sebuah rumah di Kg. Sungai Tua, Selayang dengan nilai sewaan RM250 sebulan. Beliau bekerja sendiri mencari dan menjual besi buruk, manakala Pn. Ramizah pula adalah suri rumah sepenuh masa bersama anak-anak. Pasangan ini memiliki tujuh orang anak, di mana lima orang masih bersekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 323 2000 atau 013 311 4000. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction disampaikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim, Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.
Pn. Rina Azfina (37 tahun) telah berpisah dengan suami dan kini tinggal di rumah peninggalan arwah ayahnya bersama anak-anak seramai enam (6) orang di mana lima orang masih bersekolah. Keperitan hidup memaksa Pn. Rina mencari pendapatan dengan berniaga rumah ke rumah serta mengambil tempahan makanan seperti cendol untuk menampung perbelanjaan keluarga. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1974 1310. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction disampaikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim, Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.
En. Mustapa Muhd Ariffin dan isteri, Pn. Syahrina Shaharan bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak tetap bagi menyara lima orang anak berumur antara 3 hingga 15 tahun. Tiga orang anak pasangan ini masih belajar manakala 2 orang lagi tidak bersekolah. Keluarga ini tinggal menyewa di pangsapuri Taman Lembah Maju Ampang dan boleh dihubungi di talian 011 6974 2066. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction telah disampaikan oleh Puan Alia Zam, Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.
Pn. Siti Atikah (46 tahun) seorang ibu tunggal kematian suami beberapa tahun yang lalu. Beliau bekerja sebagai pemandu bas (van) sekolah sebagai sumber pendapatan menyara anak-anak selepas kematian suaminya. Anak-anaknya seramai enam (6) orang kesemuanya masih menuntut di kolej dan sekolah - Ahman Sonhaji (21 tahun-Pondok Meru Klang), Robiatul Adawiyah (20 tahun – Politeknik Merlimau), Solahuddin (18 tahun – lepasan SPM), Muhammad Nainunis (16 tahun- SM Darul Ehsan), Nur Sumayyah (13 tahun) dan Muhammad Huzaifah (8 tahun – SK Sg.Tua Baharu). Keluarga ini boleh di hubungi di talian 019 643 7828. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2021 beserta Kotak Rezeki Umat sumbangan MyFundAction disampaikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim, Penolong Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan.