- Hit: 449
TAMAN MELATI, 10 April 2021 - Program Jualan Ikan Segar anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan PukatCARE berlangsung hari ini di Dataran Pangsapuri Awam Sri Tioman 1 di sini.
Program dengan kerjasama Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Tioman 1, Rukun Tetangga dan Surau Darussalam telah bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang dan akan berlangsung sehingga esok (11 April 2021). Pelbagai jenis ikan segar ditawarkan dengan 'harga rakyat' dengan tarikan utama merupakan 'Ikan Pelaling' serendah RM3/kilo.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan ikan segar kepada penerima-penerima terpilih. Turut hadir, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.
Untuk minggu ini (10 & 11 April), Program ini berlangsung di 2 lokasi iaitu Pangsapuri Awam Sri Tioman 1 dan Flat Sentul Utama, yang merupakan anjuran bersama Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA).