- Hit: 486
BUKIT SENTOSA, 3 & 4 April 2021 - Program Jualan Ikan Segar anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), PUKATCare dan Bukit Sentosa Beruntung Residences (BSBR) telah berlangsung di perkarangan Restoran Nasi Kandar Haji Iqbal dekat sini.
Program ini menawarkan ikan-ikan segar dengan harga mampu milik serta murah dengan 20 hingga 50 peratus lebih rendah daripada pasaran, serendah RM3 untuk satu kilo (ikan terpilih). Antara jenis ikan yang dijual adalah cencaru, siakap, kerisi, tongkol, ketam, udang, dan pelbagai lagi.
Pengerusi YBK. YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan telah meluangkan masa melawat program ini dan turut menyampaikan sumbangan kepada penerima asnaf yang disenarailkan oleh BSBR.
Program Ikan Segar ini berlangsung selama 2 hari (3 & 4 April 2021) bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.