- Hit: 587
SUNGAI CHOH, 2 April 2021 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah menyampaikan sedekah waqaf untuk pembangunan masjid berjumlah RM 1 juta kepada Masjid Nurul Islamiah, Sg. Choh.
Sumbangan telah diterima oleh pihak pengurusan Masjid Nurul Islamiah. Turut hadir menyaksikan sedekah waqaf adalah En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.
Dato' Pengerusi YBK juga telah menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk 'Jangan Hina Islam' kepada jemaah Jumaat yang hadir.