LEMBAH SUBANG, 6 Mac 2021 - Hari ini telah berlangsung program penyerahan 'Kotak Rezeki' di PPR Lembah Subang 1. Program anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ini merupakan kolaborasi bersama Yayasan Bina Kesejahteraan serta MyFundAction yang telah menaja sebanyak 1,000 buah kotak.

Program diserikan dengan kehadiran YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut bersama, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi YBCare), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), wakil MyFundAction, dan karyawan serta sukarelawan YBK, YBCare, MyFundAction dan JKM.

YB Timbalan Menteri dalam ucapan ringkasnya memuji inisiatif YBK bersama YBCare serta MyFundAction dalam meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui program pemberian Kotak Rezeki ini. Beliau juga turut menyeru agar syarikat dan NGO turut bersama-sama membantu kerajaan dalam program-program yang membantu rakyat yang terkesan.

Sesi hari ini melibatkan penyerahan 500 buah Kotak Rezeki dan baki 500 buah lagi akan diteruskan pada esok (7/3/21).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;