KELANA JAYA, 5 Mac 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan daripada Yayasan Al-Jenderami (YAJ) untuk sesi perbincangan berkenaan potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak.
 
YAJ diwakili oleh YBhg. Dato' Jamaluddin Abdul Hamid (Pengerusi Pusat Pendidikan) bersama dua orang pegawai. Turut bersama dalam sesi perbincangan, YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pn. Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pendidikan YBK), dan Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah).
 
Sesi berlangsung dengan penuh harmoni dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memperhalusi serta merealisasikan kerjasama ke peringkat seterusnya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;