PUTRAJAYA, 2 Mac 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjung hormat ke Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK bersama-sama Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah) mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama En. Sabran Abd Bahar (Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda). Pertemuan turut membincangkan permohonan bagi menjadikan ASKA sebagai Badan Operasi untuk Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda.

Program ARP merupakan Anugerah Bertaraf Antarabangsa dan dapat memberi nilai tambah kepada anak-anak ASKA yang berumur 14 hingga 17 tahun mendapat markah merit dan ko-kurikulum yang bersifat Antarabangsa, dan seterusnya akan membantu dalam proses melanjutkan pengajian di peringkat Universiti selepas tamat SPM.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;