- Hit: 474
SHAH ALAM, 17 Februari 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjung hormat ke Tapaw Groups Sdn. Bhd. (TAPAW) bagi membincangkan kerjasama berkaitan Program Keusahawanan dan Peluang Pekerjaan untuk membantu asnaf dan golongan B40.
Perbincangan diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif TAPAW, Dato Anuar A Rahman, dan YBK diwakili oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) serta En. Nasrul Ali Hasan (Pengurus, Jabatan Inovasi & Keusahawan Sosial YBK).
TAPAW adalah sebuah syarikat pemula (startup) yang menyediakan servis penghantaran yang berpengkalan di Shah Alam, Malaysia.