- Hit: 540
ARA DAMANSARA, 5 Oktober 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menyertai Sesi Konsultasi Bersama NGO Bagi Persediaan Dasar Bajet 2021 secara dalam talian (online) anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, telah menyertai sesi ini bersama-sama YBhg. Datin Dr. Hjh Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan). Turut membantu, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan pegawai YBK daripada Jabatan Pendidikan serta Media.
Sesi konsultasi yang berlangsung selama 3 jam ini disertai oleh NGO-NGO yang berkaitan dengan kumpulan sasar KPWKM.