LEMBAH SUBANG, 26 September 2020 - Telah berlangsung Program Pure Heart Siri 6 Sesi ke-3 di PPR Lembah Subang melibatkan 150 orang peserta terpilih. Program ini merupakan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dengan kerjasama strategik bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Peserta yang terpilih telah hadir di Dewan Blok D PPR Lembah Subang dengan melalui proses pendaftaran dan saringan suhu badan. Program bermula pada jam 9 pagi. Sesi kali ini berkenaan tajuk 'Keusahawanan Sosial' yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan.

Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, Pengerusi YBCare telah meluangkan masa hadir ke program ini. Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), En. Mohd Faiz Shuhaimi (EXCO MBM), dan En. Muhammad Hasbullah Md Najib (Ketua Pegawai Operasi MVM).

Sesi berakhir pada sebelah tengahari dengan penyampaian barangan keperluan asas kepada para peserta.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;