BANDARAYA MELAKA, 23-24 September 2020 - Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Modul Program Mobile School di Tun Fatimah Riverside Hotel melibatkan penyertaan fasilitator daripada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan pakar-pakar daripada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk merangka dan menyusun modul-modul yang akan digunakan dalam Program Mobile School dan seterusnya akan dibukukan apabila siap kelak.

Pengerusi YBK, Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom dan Pengerusi YBCare, Datin Dr. Hjh. Hartini Osman turut meluangkan masa serta memberi hala tuju dan idea kepada para fasilitator yang hadir. Sesi dikoordinasikan oleh Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;