RAWANG, 4 September 2020 - Suasana duka menyelubungi kediaman Almarhum Dato' Hj. Bing Selamat Amir, dengan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir, YBhg. Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Pengasas YBK; YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) dan mantan ALPA, para pegawai YBK, kenalan serta rakan-rakan Almarhum.

Semua yang hadir telah menyempurnakan solat jenazah dan tahlil untuk Almarhum. Jenazah Almarhum telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Garing pada jam 6 petang.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir memberikan penghormatan terakhir. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.

Al-Fatihah.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;