Dukacita dimaklumkan bahawa Dato' Hj. Selamat bin Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan telah kembali ke rahmatullah pada jam 1 petang hari ini, 4 September 2020 bersamaan dengan 16 Muharram 1442H.

Almarhum telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejak tahun 2002, iaitu selama 18 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru serta pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan cukup dikenali dengan ketokohan dan karisma beliau terutamanya berkenaan dunia pendidikan dan modal insan.

Beliau adalah tokoh yang bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan Asrama Kasih YBK, KUNTUM, Pusat Latihan YBK Kuala Selangor, FASTRACK, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Desa Kasih, Program Latihan YBK dengan Pelajar Cambodia, kerjasama persefahaman dengan IPTS (MFI, GMI, BMI) dan penubuhan Kolej Komuniti YBK, ITK YBK Banting, Kajang dan Lembah Bernam.

Sesungguhnya pemergian Almarhum adalah satu kehilangan yang cukup besar kepada YBK. Seluruh keluarga YBK berdukacita dan berdoa agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;