- Hit: 597
LEMBAH SUBANG, 15 Ogos 2020 - Telah berlangsungnya Program Pure Heart Siri 6 Sesi 1 di PPR Lembah Subang melibatkan 150 orang peserta terpilih. Program ini merupakan anjuran Muslim Volunteer Malaysia - MVM dengan kerjasama strategik bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Pengisian sesi 1 pada hari ini adalah taklimat berkenaan kesihatan fizikal dan mental oleh penceramah jemputan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan UKM. Hadir bersama dalam sesi ini adalah Datin Dr. Hjh. Hartini Osman (Pengerusi YBCare), Tuan Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK), Encik Mohd Fauzan Abdul Sukor (Presiden MVM), wakil daripada MBM, serta pegawai dan para sukarelawan MVM.
Sesi berakhir pada sebelah tengahari dengan penyampaian barangan keperluan asas kepada para peserta.
Program Pure Heart ini akan berlangsung sebanyak 4 sesi dengan setiap sesi mempunyai pengisian yang bersesuaian dan berinformatif kepada para peserta.