- Hit: 780
21 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Sepang. Sumbangan disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai, Pegawai YBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
SG. PELEK, 21 April 2020 โ Pn. Rozita bt Mohd Yusof adalah seorang ibu tunggal bekerja sebagai pembantu tadika. Beliau menyara 5 orang anak yang 2 daripadanya bersekolah menengah manakala 3 lagi bersekolah di SK Sungai Pelek.
Tinggal menumpang di rumah ibu, beliau juga menanggung ibu yang uzur berusia 66 tahun yang menghidap kencing manis & darah tinggi. Sejak bermula PKP beliau tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1444 0845.
Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
SG. PELEK, 21 April 2020 โ En. Isa b Mohd Zainuddin baru sahaja diterima bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang pada Januari lalu.
Isteri beliau tidak bekerja dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 7 orang anak yang masih bersekolah.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2821 2554.
Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
SG. PELEK, 21 April 2020 โ En. Masri bin Awing berusia 60 tahun tidak bekerja kerana menghidap asma kronik bergantung pada ubat daripada hospital. Jika sihat, beliau akan ke laut membantu kawan bagi mendapat lauk untuk makan sekeluarga.
Anak sulung menyambung pelajaran di UPM, anak ke-2 di Kolej SEGI, 2 orang bersekolah menengah, 5 orang bersekolah rendah, seorang di pra-sekolah & seorang belum bersekolah.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1104 1669.
Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
SG. PELEK, 21 April 2020 โ Pn. Norazila bt Aziz adalah seorang ibu tunggal dan telah berpisah kerana suami adalah seorang penagih dadah. Pn. Norazila menyara keluarga dengan mengambil upah membaiki paip pecah & mesin rumput.
Beliau tidak mencari pekerjaan tetap kerana perlu menguruskan persekolahan anak-anak. Empat (4) orang anak beliau masih bersekolah dan seorang di peringkat pra-sekolah. Keluarga ini menyewa rumah dengan bayaran RM350 sebulan.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 312 7634.
Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
SG. PELEK, 21 April 2020 โ En. Mohd Fazli b Mohamad tinggal di rumah peninggalan orang tua dan menjaga ayah yang perlu mengikuti rawatan dialisis. Beliau menyara keluarga dengan mengambil upah menjaga kebun.
Isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga ibu dan ayah mertua serta perlu menguruskan persekolahan 2 orang anak, seorang adik yang masih bersekolah & seorang anak kecil berusia 3 tahun.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1542 3237.
Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
KG. BARU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 โ En. Amran Kusnin baru sahaja bekerja sebagai Pengawal Keselamatan bermula Januari 2020.
Isteri beliau adalah suri rumah menjaga ibu yang uzur berusia 78 tahun dan 7 orang anak di mana 3 orang di sekolah menengah dan 3 orang lagi di sekolah rendah.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 880 5373.
Sumbangan SKR 2020 daripada Datoโ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
KG. BARU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 โ En. Nurul Hisham b Abu Seman bekerja sendiri dengan mengambil upah membaiki rumah, meracun dan memotong rumput dengan pendapatan tidak menentu.
Isteri beliau seorang suri rumah menguruskan keperluan anak seramai 5 orang - 4 masih bersekolah dan seorang belum bersekolah. Rumah disewa dengan harga RM350 sebulan.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2821 2554.
Sumbangan SKR 2020 daripada Datoโ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
KG. BARU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 โ Pn. Faryani bt Mistam adalah seorang ibu tunggal kematian suami 4 tahun yang lepas. Tinggal menyewa dengan bayaran RM350 sebulan.
Menjaga seorang anak sulung yang merupakan OKU โ celebral palsy dan 3 lagi masih bersekolah. Menyara keluarga dengan mengambil upah mengasuh 2 orang anak jiran.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 398 9745.
Sumbangan SKR 2020 daripada Datoโ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.
RANCANGAN TANAH BELIA LABU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 โ En. Azmi b Ishak bekerja sebagai di bahagian perhubungan pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Anak sulung menyambung pelajaran di Pusat Latihan IHKM Seri Kembangan, 3 orang sekolah menengah dan 1 sekolah rendah (seorang OKU - masalah pembelajaran). Tinggal di rumah peninggalan ayah.
Isteri mengalami โminor strokeโ serta menghidap asma yang agak kronik, dan 2 orang anak juga menghidap asma serta perlu bergantung pada โinhalerโ.
Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 203 9345.
Sumbangan SKR 2020 daripada Datoโ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.