- Hit: 906
KUALA LUMPUR, 18 Januari 2020 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah berlangsung hari ini. Ini merupakan program sulung untuk tahun 2020. Edaran 200 pek makanan dan minuman pagiย dimulakan selepas solat subuh kepada rakan-rakan jalanan yang hadir, dan selesai sepenuhnya pada jam 8:00 pagi.
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada program ini atau mengetahui dengan lebih lanjut, boleh berhubung dengan saudara Asuad Ismail di talian 012-617 4051 atau 03-7875 0036.