- Hit: 835
BANGI, 14 Januari 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan lawatan kerja ke GMI Technical & Consultancy (GMI Tech) yang terletak di German-Malaysian Institute - GMI. Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat sendiri kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh GMI Tech di samping meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.
Kumpulan YBK diketuai oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan turut bersama adalah Datin Hartini Osman, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta wakil daripada Akademi Kemahiran YBK Gesir, Pusat Latihan YBK Kuala Selangor dan Servecare Sdn Bhd.
Pihak GMI Tech telah memperlihatkan pelbagai peralatan dan kemudahan berkaitan teknologi pembuatan di samping beberapa projek yang dilaksanakan.