PUTRAJAYA, 5 Disember 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyertai Seminar Membasmi Kemiskinan Bandar anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan. Seminar ini telah berlangsung di Auditorium Menara Seri Wilayah, Putrajaya di dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad.
 
Berlangsung selama satu (1) hari, seminar ini telah menghimpunkan para pemikir akademik, NGO, agensi serta pemimpin/wakil penduduk bagi membincangkan isu kemiskinan bandar dan solusi bagi mengatasinya. Terdapat empat sesi forum pembentangan kertas kerja oleh wakil agensi kerajaan, NGO, Akademik serta pakar Sosio Ekonomi.
 
Hasil pembentangan dan input seminar ini akan dihimpunkan dan dijadikan panduan bagi merangka strategi pembasmian kemiskinan bandar. YBK dan kumpulan NGO yang lain bersedia untuk memberi kerjasama kepada Kementerian dan semua pemegang taruh bagi menjayakan misi ini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;