- Hit: 848
KUALA LUMPUR, 2 November 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah berlangsung hari ini dengan 200 pek sarapan dan minuman pagi telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan.
Edaran dimulakan selepas selesai solat Subuh oleh petugas masjid bersama-sama pegawai YBK yang hadir. Rakan-rakan jalanan telah memberikan kerjasama dan disiplin yang baik dan ini membantu kelancaran edaran yang selesai sepenuhnya pada jam 6:50 pagi.
Sarapan dan minuman pagi telah disediakan melalui inisiatif Dapur YBK di mana aktiviti memasak dan persiapan dilaksanakan secara gotong-royong oleh para pegawai dan sukarelawan YBK.
Untuk info lanjut berkenaan Program Santuni Gelandangan, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.